Dasar Privasi
Dikemas kini: 9 November 2026
1. Maklumat yang kami kumpul
- Semasa membeli: nama, e-mel dan nombor telefon, produk yang dipilih, kupon dan jumlah bayaran.
- Daripada CHIP: status dan rujukan bayaran. Kami tidak menerima nombor kad atau maklumat akaun bank.
- Semasa log masuk: e-mel anda dan kod log masuk sekali guna (disimpan dalam bentuk tersulit dan dipadam selepas digunakan).
- Dalam peranti anda sahaja: kemajuan bacaan, produk yang disimpan untuk offline dan tetapan app disimpan dalam pelayar anda, bukan di pelayan kami.
- Data peribadi dalam app: maklumat yang anda masukkan dalam app (contohnya profil, tarikh jangka bersalin, catatan kesihatan, mood dan gambar jurnal perut dalam app Dua Garis) disimpan dalam peranti anda sahaja, kecuali ciri pilihan di bawah. Selain itu, ia tidak dimuat naik ke pelayan kami, kami tidak dapat melihatnya, dan kami tidak dapat memulihkannya jika peranti hilang atau data pelayar dipadam. Gunakan fungsi sandaran dalam app untuk menyimpan salinan anda sendiri.
- Ciri pilihan "Kongsi status dengan suami" (app Dua Garis): lalai mati dan hanya dihidupkan oleh pengguna sendiri. Jika dihidupkan, ringkasan yang dipilih sahaja (mood 7 hari lepas, tanda bahaya yang dicatat hari ini atau semalam, dan tarikh temujanji seterusnya) dihantar ke pelayan kami supaya suami yang dipautkan boleh melihatnya. Simptom lain dan catatan lain tidak dihantar. Ringkasan ini dipadam serta-merta bila ciri dimatikan, dan tidak boleh dibaca lagi jika akses produk ditarik.
2. Kegunaan maklumat
- Memproses pesanan dan memberi akses kepada produk yang dibeli.
- Menghantar kod log masuk, e-mel akses dan jawapan kepada pertanyaan anda.
- Melindungi produk daripada disebarkan (e-mel pembeli tertera pada kandungan).
Kami tidak menjual maklumat anda. Kami hanya menghantar e-mel berkaitan pembelian dan akses; jika kami menghantar e-mel promosi kelak, anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa.
3. Pihak ketiga yang membantu kami
- CHIP: memproses bayaran.
- Convex: pangkalan data dan storan fail.
- Resend: menghantar e-mel.
- Vercel: mengehos laman web.
- Jika sales page digunakan untuk iklan, alat pengukuran seperti Meta Pixel mungkin digunakan untuk mengukur prestasi iklan.
4. Tempoh simpanan
Maklumat akaun disimpan selagi anda memiliki produk dalam akaun. Rekod transaksi mungkin perlu disimpan lebih lama untuk tujuan perakaunan.
5. Hak anda
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman maklumat anda. E-mel dari e-mel pembelian anda.
6. Perubahan
Kami boleh mengemas kini dasar ini; tarikh di atas menunjukkan versi terkini.